S I N G A

Salam ukhuwwah fiLlah ilal Jannah.. (*_^)

Dear ALL4U sisters.. lama dah xupdate bl0g ni.. rasa rindu plak kat Mujahidah2 ALL4U yg dh merantau jauh melebarkan usaha dakwah di tempat lain
:: Anjang :: kak Ngah :: kak Chik :: Nadh ::
Hurmm.. ni nak habaq ni.. kit0rg dah pindah ''rumah" baru.. Ngeeee ~~~ BESAR, CANTIK, LUUUUUAS SGT MySpace

Jadi.. bermula Rabu lepas (28 Okt '09) kami berusrah di rumah baru.. Jap3 !! xpe Anjang, rileks la, kNina tahu Anjang mesti nak tanya.. apa kaitan umah baru dengan tajuk entri kali ni "singa" kan? heehe.. sebab, umah baru kita Masjid Saidina Hamzah. Gelaran bg Saidina Hamzah : Singa Allah.
Usrah mula dengan solat isya' berjamaah di masjid. kNina dan kMia xsempat berjamaah, sampai je, org dh habis solat..lewat.. huhu. Insya Allah, next time try awal sampai.. kak Ada xdapat hadir.. migrain. Semoga cepat sembuh ya Ada.. xsabar nk dgr pembentangan Ada.. Usrah malam tu, kNina kMia Alang Biha dan Ucu je yg ada..

Mcm biasa la.. kakNina start dgn alu-aluan..
khusyu' nya Alang dan Biha.. siap berkerut dahi..ish3 faham ke tak tu?? (*_^)

Tilawah surah Ali Imran ayat 51-74 .












Pembentangan Tafsir Surah Al-Ma'un oleh Ucu.

Ucu kata : " kita baca dulu Surah Al-Ma'un ni sama2..nnti ucu terangkan tafsirnya.."

Ucu kata lagi, " jom tengok surah Al-Ma'un dan maknanya.."


Ucu kata lagi dan lagi, " ni nota ucu buat..nah ni satu salinan utk masuk fail usrah"


Ok, tetamatan.. next usrah kita masukkan lagi..

** bila la agknya dapat gather semua All4U Mujahidah ye? Rindu dan saaaayang antunna semua!! MySpace





IFTAR ALL4U n AKHAWAT'S IIC

Bismillahirrahmanirraheem..

Hm.. bulan ramadhan ni usrah ALL4U telah direhatkan seketika bagi memberi peluang untuk semua ahli-ahlinya fokus pd ibadah-ibadah khusus yang tak di'offer' pd bulan-bulan lain.

Dan juga masih dlm proses perincian ahli-ahli yang keluar dan bakal masuk (eh, ade ke?) seperti alang (usrah k-uiag), anjang (blk perak), kak ngah(praktikal), achik (problm trnsport, so usrah adni je) dan nadhirah (nk fly ke joden 12 sept ni).. maka yang tinggal hanyalah kak ada, ucu dan biha. sedih pulak rasa, lepas sorang-sorang terpaksa meninggalkan ALL4U. Tapi hakikatnya itulah sunnatullah, ada pertemuan pasti juga ada perpisahan. Bagi menambahkan lagi rasa manisnya sesebuah ukhuwah..

Dan semalam, 7 september bersamaan dengan 17 ramadhan 1430H, kami semua telah dijemput oleh makcik nor dan kak angah untuk iftar bersama dirumah beliau. Maka berbondong-bondonglah para akhawat's datang memeriahkan majlis.

Antara yang hadir dari ALL4U semestinya mak usrah, kNina merangkap pengerusi tetap untuk majlis semalam, kMia, alang, achik, ucu, biha dan tentunya tuan rumah kak ngah n nad. Kelihatan juga mira, izzati, ayu, ehsan, syu, DT, kak yong, nasyitah, sakeena, dan adik2 baru IIC iaitu hannah, nazirah dan eton.. (ade lg ke tertinggal? sori..xingt)

Alhamdulillah, kami dijamu dengan nasi minyak dan kuih sagu a.k.a puding yang sangat menyelerakan! Selesai solat maghrib berjemaah, kami berkumpul dalam satu halaqah untuk mendengar sedikit ucapan dari makcik nor, nadhirah, sakeena, kNina dan kYong.

Suasana sedih mula menyelubungi ruang tamu bila tiba saatnya untuk berpisah.. Sesi salam ukhuwah antara semua yang hadir mengakhiri majlis iftar akhawat IIC semalam..

Moga hati-hati ini terus bertaut dalam kasih dan rahmat Allah..
UHIBBUKUM FILLAH!



p/s : alang n sesape yg ade amk gmbr smlm, jgn lupe masukkn eh..


.:TaAruF:.

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.....

Tak kenal maka taaruf...itu slot penting dalam setiap pertemuan...

Knowing Me....Knowing You...*itu slot penting dalam KBM*MySpace

Alhamdulillah, keluarga ALL4U telah mengumpulkan para mujahidah yang begitu semangat bergerak di dalam jalan dakwah ini. Ayuh...we get to know each of the mujahidah-mujahidah anugerah Allah ini...

Kapten Mujahidah

.:Wan Haninah Wan Hanafi:.
.:
Kak Nina:.

.:
Guru, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh:.

.:
Bujang:.
.:Asal : Kelantan:.
.:
Taman Jasa, Selayang:.
.:18 May 1980:.

Co. Kapten Mujahidah
.:Nurul Damia Md Zin:.
.:Kak Mia:.
.:PO, KBM KL:.
.:Bujang:.
.:Graduan UiTM,Segamat:.
.:Kg. Masjid Zakaria, Jalan Gombak:.
.:9 Januari 1987:.

Mujahidah 1
.:'Atikah 'Adawiyah Abdul Ghani :.
.:Kak Ada:.
.:Guru, Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi:.
.: Bujang :.
.: Asal : Selangor :.
.:Kg. Batu Muda :.
.: 12 Jun 1984 :.
.: Graduan : UMP :.


Mujahidah 2
.:Nurul Hidayah Bt Chik:.
.:Kak Ngah:.
.:Guru Praktikal, Tadika di Shah Alam:.
.:Bujang:.
.:Asal : Terengganu:.
.:Pelajar semester akhir, Internatonal Islamic College (IIC):.
.:Taman Koperasi Polis 2, currently Shah Alam:.
.:2 May 1987:.

Mujahidah 3
.:Nurul Asyikin Bt Abdul Rahman:.
.:Kak Chik:.
.:Curu, Sekolah Islam Adni:.
.:Bujang:.
.:Asal : Kelantan:.
.:Flat PKNS, Taman Keramat:.
.:Graduan, IIC:.
.:27 Mac 1987:.

Mujahidah 4
.:Atikah Bt Mohd Hatta:.
.:Alang Atie/ Kak Lang:.
.:Guru, Tadika Nurul Iman:.
.:Bujang:.
.:Ulu Klang:.
.:Graduan IIC:.
.:27 April 1988:.

Mujahidah 5
.:Farah Noor Akila Bt Hashim:.
.:Anjang Kila:.
.:Sedang mencari kerja:.
.:Bujang:.
.:Asal : Perak
:.

.:Graduan IIC:.

Mujahidah 6
.:Andi Nabihah Bt Nasta'in:.
.:Biha:.
.:Pelajar IIC:.
.:Bujang:.
.:Asal : Johor:.
.:1990:.

Mujahidah 7
.:Ikmal Rusyda Bt Mohd Puaad:.
.:Ucu:.
.:Pelajar IIC:.
.:Bujang:.
.:Asal Johor:.
.:1990:.

Mujahidah yang dirindui
.:Nadhirah Bt Abdul Kadir:.
.:Nad:.
.:Pelajar INTEC Shah Alam:.
.:Bakal ke Jordan:.
.:Bujang:.
.:Taman Koperasi Polis 2:.
.:1991:.


Itu lah serba sedikit tentang ALL4U sisters..

Ada yang sudah tidak bersama secara sepenuhnya bersama ALL4U...
Semestinya datang dan pergi itu satu lumrah..

Semoa bermanfaat!~

*sila edit ye sis...*

:: Tentang Kami ::

ALL4U nama diberi,
sempena nasyid kegemaran kami,
9 beradik yang happy go lucky,
pergi usrah tak kering gusi..

Ahli usrah ALL4U:

~kNina~

~kMia~

~kAda~

~Angah~

~Achik~

~Alang~

~Anjang~

~Ucu~

~Biha~



::Jom Mengecohkan Diri ::


ShoutMix chat widget

:: K.A.M.I ::

  • -
    8 years ago
  • Jerebu Oh Jerebu - Assalamu'alaikum Warahmatullah Allahumma solli 'ala Muhammad.. Alhamdulillah, sudah hampir 4 minggu Malaysia terus diselubungi debu dan asap kesan kebakara...
    8 years ago
  • Guide Me All The Way.. - ........ I know that You could easily Take away every thing You’ve given me And I try to remember Not to take anything for granted ‘Cause I know that one da...
    11 years ago
  • ..::Do U Still Remember Us??::.. - *Do you still **REMEMBER US**??!* *We are still * *UNDER SIEGE!* *Darkness..* *And* * HUNGER.....* *Do you still remember us?!* *To get water we ha...
    13 years ago

:: ALL4U Fans ::

Labels